Perang Khaibar : Hukuman Bunuh Kepada Anak Pemimpin Pertempuran Khaibar dan Sofiyah binti Huyay Masuk Islam

Posted on

Perang Khaibar : Hukuman Bunuh Kepada Anak Pemimpin Khaibar

Persetujuan yang telah dicapai bagi menamatkan pengepungan penempatan Yahudi Khaibar adalah mereka tidak boleh menyembunyikan harta, emas dan perak. Semuanya ini hendaklah diserahkan dan ditinggalkan sebelum keluar dari penempatan mereka. Namun anak pemimpin Yahudi Khaibar iaitu Kinanah bin Abi Huqaiq dan Rubayya bin Abi Huqaiq telah bertindak menyembunyikan harta emas dan perak yang telah dibawa oleh Bani Nadhir ke Khaibar ketika diusir keluar dari Madinah dahulu.

Harta tersebut disembunyikan di dalam lubang yang dikorek dan ditimbus bagi menghilangkan kesannya. Menurut riwayat Ibnu Ishaq berkata:

“Kinanah al-Rabi’ di bawa menghadap Rasulullah s.a.w, yang ada bersama beliau adalah harta simpanan Bani Nadhir yang berharga. Baginda bertanya di mana barang-barang itu, Ibn al-Rabi’ berkata beliau tidak mengetahui di mana harta tersebut. Lalu dibawa kepada Rasulullah s.a.w seorang lelaki Yahudi dan berkata beliau; “Sebenarnya aku pernah melihat Kinanah berulang alik ke tempat usang itu setiap pagi. Lalu bertanya Rasulullah s.a.w kepada Kinanah ; “Sanggupkah kamu dibunuh sekiranya kami menjumpai harta tersebut?” Jawab Kinanah: “Ya boleh. Kemudian Rasulullah s.a.w menyuruh sahabatnya menggali tempat tersebut. Hasilnya dijumpai sebahagian harta yang sengaja disembunyikan. Baginda bertanya di mana baki sebahagian lagi, namun beliau enggan menunjukkan tempatnya. Seterusnya Rasulullah s.a.w menyerahkan beliau kepada Zubair dengan katanya; “Siksa beliau agar berjaya kita bawa keluar yang bakinya. Zubair menyiksa Kinanah dengan meletakkan hujung dahan yang dibakar ke dadanya. Kemudian Baginda mengarahkan diserah Kinanah kepada Muhammad bin Salamah. Beliau pun terus memenggal lehernya sebagai balasan di atas kematian Mahmud bin Salamah iaitu adiknya yang dibunuh oleh orang Yahudi dengan cara lontaran batu penggiling ketika adiknya itu berlindung tembok di kubu Na’im dahulu.

Pos Terkait:  Canda Nabi kepada Seorang Laki-Laki yang Meminta Tumpangan

Manakala menurut riwayat dari Ibnu al-Qayyim bahawa Rasulullah s.a.w mengarah supaya dibunuh kedua-dua anak lelaki Abi al-Huqaiq. Lelaki Yahudi yang memberitahu bahawa harta tersebut berada dalam pengetahuan anak Abi al-Huqaiq adalah sepupu kepada Kinanah sendiri.

Dengan hukuman bunuh tersebut maka isteri kepada Kinanah Bin Abi Huqaiq telah menjadi tawanan. Isteri beliau bernama Sofiyyah binti Huyay Bin Akhtab. Apakah yang terjadi kepada Sofiyyah binti Huyay?

Berikut kelanjutannya….!!!

Sofiyyah binti Huyay Menganut Islam

Namanya adalah Sofiyyah binti Huyay bin Akhtab Bin Sa’yah bin Amir bin Ubaid bin Kaab bin al-Khazraj bin Habib bin Nadhir bin al-Kham bin Yakhurn dari keturunan Harun bin Imran. Manakala ibunya bernama Barrah binti Samaual berasal dari keturunan Bani Quraizah. Beliau dilahirkan sebelas tahun sebelum hijrah, atau dua tahun setelah masa kenabian. Bapanya adalah seorang pemimpin dari keturunan Bani Nadhir.

Sofiyyah binti Huyay telah dua kali berkahwin iaitu dengan Salam bin Musykam namun perkahwinan ini tidak kekal kemudian beliau telah berkahwin dengan Kinanah bin Abi Al-Haqiq. Selepas Kinanah bin Abi al-Haqiq dibunuh Sofiyyah binti Huyay telah dikumpul sebagai tawanan. Duhaiyah bin Khalifah al-Kalabi telah berkata kepada Rasulullah s.a.w:

Pos Terkait:  Cara Menghapus History di Lazada: Menghapus Data Pribadi Anda dengan Mudah

Wahai nabi Allah, berikanlah kepadaku seorang tawanan wanita”.

Lalu dijawab oleh Rasulullah s.a.w : “Pergi dan ambillah.

Kemudian Duhaiyah bin Khalifah al-Kalabi telah memilih Soffiyah binti Huyay. Melihatkan tindakan Duhaiyah maka berkatalah seorang Sahabat kepada Rasullulah s.a.w :

“Wahai Nabi Allah apakah tuan hamba memberikan Soffiyah binti Huyay puteri pemimpin Bani Quraizah dan Bani al-Nadhir kepada Duhaiyah? Sebenarnya Soffiyah tidak layak melainkan sesuai untuk Rasulullah s.a.w.

Seterusnya berakata Rasulullah s.a.w: “Panggilkan beliau bersama wanita itu ke sini.

Duhaiyah pun datang bersama Soffyah, bila Baginda melihat Soffiyah maka berkata Rasulullah s.a.w kepada Duhaiyah: “Ambillah perempuan tawanan selain darinya.

Lalu Rasulullah s.a.w menawarkan kepada Soffiyah untuk kembali kepada Yahudi Khaibar atau untuk memeluk Islam. Soffiyah menerima tawaran untuk memeluk Islam oleh Rasulullah s.a.w. Kemudian ditanya kenapa begitu cepat beliau mahu memeluk Islam. Maka berkatalah Soffiyah kepada Baginda:

Aku adalah anak kesayangan bapaku Huyay bin Akhtab dan bapa saudara aku Yasir bin Akhtab. Ketika Rasulullah s.a.w datang di Madinah, mereka telah pergi ke Quba’ di kediaman Amru bin Auf. Bapaku dan bapa saudaraku telah keluar dari pagi hari serta tidak pulang walaupun matahari sudah hampir terbenam. Tidak lama kemudian mereka pulang dan aku mendengar perbualan mereka. Berkata Yasir kepada bapaku Huyay bin Akhtab adakah dia Nabi yang disebut dalam Taurat. Maka berkata bapaku betul inilah orangnya kerana tanda yang disebut oleh Taurat ada padanya. Kemudian bapa saudaraku bertanya apa yang akan dilakukan olehnya. Lalu bapapku menjawab beliau akan memusuhinya selama-lamanya.

Pos Terkait:  Cara Bikin Akun Bot di Lord Mobile

Maka berkata Soffiyah semenjak itu Islam sudah masuk ke dalam hatiku. Aku sudah mengetahui kamu adalah seorang Nabi kerana bapaku dan bapa saudaraku seorang yang alim mengakui kamu sebagai Nabi sebagaimana yang diterangkan oleh Taurat.

Seterusnya Baginda bertanya sama ada Soffiyah mahu berkahwin dengannya lantas dijawab ya olehnya. Mahar perkahwinan Soffiyah dengan Rasulullah s.a.w adalah pembebasannya. Ketika Baginda beramalam bersama Soffiyah didapati kesan lebam pada mukanya. Lalu betanya Baginda: “Apakah tanda ini?”.

Dijawab beliau: “Wahai Rasulullah s.a.w sebelum ketibaan kamu ke sini, aku telah bermimpi melihat bulan sudah tidak ada di tempatnya tiba-tiba terjatuh ke ribaku. Demi Allah sedikit pun aku tidak tahu hal tuan hamba kemudian aku pun menceritanya kepada suami ku. Beliau pun terus menampar mukaku dengan katanya: “Jadi kamu bercita-cita hendak berkahwin dengan pemimpin Madinah itu.”

Maka hiduplah Soffiyah bersama Baginda sehingga kewafatan Rasulullah. Manakala Soffiyah wafat di usianya 50 tahun sewaktu pemerintahan Mu’awaiyyah Bin Abi Sufyan dan dikebumikan di perkuburan Baqi, di Madinah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *