Saiyid Hamzah bin Abdul Muthalib Meninggal Syahid di Perang Uhud

Posted on

Peperangan Uhud Hamzah Syahid

 

Pertempuran di medan Uhud menjadi bertambah rancak. Musuh-musuh Islam menyerang dari pelbagai sudut. Tentera muslimin dengan panglima-panglima yang hebat seperti Abu Bakar, Umar bin al-Khattab, Ali bin -Abi Talib, Zubair Ibnu al-Awwam, Mus’ab bin Umair, Talhah bin Ubaidillah, Abdullah bin Jahsy, Saad bin Muaz, Saad bin Ubbadah, Said bin Rabi’, Anas bin al-Nadr, Hamzah Bin Abdul Mutalib, Abu Dujanah dan lain-lainnya tetap bertenaga membelasah musush-musuh Islam.
Antara yang sangat digeruni oleh tentera musuh adalah Hamzah Bin Abdul Mutalib. Apabila beliau meluru menuju ke kelompok musuh ramai yang bertempiaran lari tidak mahu bertempur dengannya. Hayunan pedangnya sahaja sudah cukup kuat untuk memenggal kepala musuh. Ketika beliau sedang sibuk membelasah kafir Quraisy, beliau telah dintai dan diekori oleh seorang bernama Wahsyi iaitu hamba kepada Jubair Bin Mu’tim.
Wahsyi seorang pakar dalam melontar tombak, jarang sekali lontarannya tidak mengena. Beliau telah ditawarkan kemerdekaan sekirang berjaya membunuh Hamzah oleh Jubair Bin Mu’tim, sebagai membalas dendam kematian bapa saudaranya dalam perang Badar. Maka Wahsyi sanggup menerima tawaran tersebut dan beliau telah mengekori Hamzah dengan bersembunyi gaya seorang pengecut yang berlindung disebalik batu-batu mencari ruang dan peluang untuk melontarkan lembingnya.
Dalam hadis Bukahri diriwayatkan kisah pembunuhan Hamzah. Antara yang disebut oleh Wahsyi,
“Kemudian secara diam-diam aku mengintai Hamzah di balik batu-batu yang besar, hingga ketika dia datang kepadaku dan dia sangat dekat denganku lalu aku pun terus melontarkan tombakku dan tepat mengenai kawasan bawah perutnya, hingga keluarlah apa yang di dalam kawasan yang terkena lemparan tombak tersebut. Wahsyi melanjutkan dan itulah apa yang akan menjadi janjiku.”
Setelah tombak mengena tubuh Hamzah yang berada di atas kudanya, beliau memusing kudanya dan menuju ke Wahsyi. Melihat kepada Hamzah yang menghampirinya Wahsyi ketakutan namun Hamzah tumbang dan syahid di situ. Wahsyi mengambil tombaknya dan terus kembali ke khemah kerana tujuan beliau menyertai perang ini hanyalah untuk melaksanakan tawaran kemerdekaan dirinya.
Syahidnya Hamzah di medan Uhud telah memberi kesan mendalam kepada tentera Islam. Kehilangannya sangat dirasai dan telah sedikit sebanyak mengubah rentak peperangan. Musuh sangat gembira kerana Hamzah bagaikan singa sudah tiada dan mereka mula mara dalam kelompok yang ramai untuk menyerang tentera muslimin.
Baginda Rasul menangis melihat jasad Hamzah yang telah syahid. Kesedihan Baginda tidak dapat disembunyikan lagi bahkan Wahsyi yang telah memeluk Islam selepas pembukaan Kota Mekah tidak mahu dipandang lama oleh Baginda. Ketika Wahyi bertemu Baginda beliau diminta segera meninggalkan Baginda.
Hamzah seorang pahlawan terbilang,
 Perjuangannya tiada yang mampu menghalang
 Musuh takut bukan kepalang
 Syahid untuk Islam gemilang.
Pos Terkait:  Cara Mengecilkan Ikon di HP Samsung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *