Peristiwa Peperangan Daumatul Jandal | Daumah al-jandal

Posted on

Peperangan Daumah al-Jandal

Daumah al-Jandal adalah satu kabilah yang tinggal berdekatan Syam. Daumah al-Jandal terletak berhampiran negeri al-Syam dan jarak ke Damsyik lebih kurang lima malam perjalanan manakala dari Madinah memakan masa lima belas malam.
Baginda menerima khabar mengenai kabilah-kabilah yang dirompak berdekatan dengan kabilah Daumah al-Jandal. Bahkan kabilah Daumah al-Jandal menbuat persiapan besar-besaran untuk menggempur Madinah kerana mereka merasakan mereka sudah kuat dan mampu menewaskan tentera muslimin. Rasulullah s.a.w melihat keadaan ini dengan teliti dan mengambil keputusan untuk menyerang mereka sebelum mereka menggempur Madinah.
Pada tanggal 25 Rabiulawal tahun ke 5 Hijrah Baginda keluar bersama tentera muslimin seramai 1000 orang dengan dibantu seorang lelaki dari Bani ‘Uzrah sebagai penunjuk jalan menuju ke sana. Tentera muslimin bergerak pada malam hari dan berehat pada siang hari agar tidak mudah dikesan oleh musuh. Sebelum Baginda tiba lagi telah sampai perkhabaran tentang tentera muslimin sedang menuju ke penempatan Daumah al-Jandal, maka kabilah yang tadinya merasakan mereka kuat dan mahu menggempur Madinah tiba-tiba merasa takut dan terus melarikan diri dengan meninggalkan segala harta dan binatang ternakan mereka.
Ketika tentera muslimin tiba di penempatan itu didapati tiada sesiapa pun melainkan hanyalah harta dan ternakan yang ditinggalkan. Baginda memberi kebenaran kepada tentera muslimin untuk membawa balik binatang ternakan yang ditinggalkan oleh musuh. Baginda dan pasukan tenteranya tinggal beberapa hari di penempatan itu sebelum berangkat balik ke Madinah.
Musuh yang kononnya gagah dan yakin mengalahkan Islam sebenarnya tersalah langkah dan telah membuat satu kesimpulan yang silap. Beberapa cubaan untuk mengalahkan Islam segera diambil tindakan pantas oleh Baginda. Sebelum musuh tiba ke pintu kota Madinah para tentera muslimin sudah bersedia di pintu kota penempatan mereka dengan semangat untuk menewaskan musuh-musuh Allah. Satu demi satu kabilah yang cuba mengambil kesempatan atas “kekalahan” di medan Uhud sebenarnya tersalah langkah dan telah menerima kesan yang buruk.
فَإِنِ انْتَهَوْا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maksudnya : Kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu) kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al Baqarah 2:192)
Pos Terkait:  Followers Gratis: Cara Mendapatkan Follower di Media Sosial Tanpa Bayar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *