Peperangan Uhud : Rasulullah s.a.w Kembali ke Madinah

Posted on

Peperangan Uhud : Rasulullah s.a.w Kembali ke Madinah

Setelah selesai perang, Baginda dan para Sahabat bermunajat kepada Allah.
“Ya Allah ya Tuhanku bagimu jua segala puji-pujian. Wahai Tuhanku tiada penghalang bagi apa yang Engkau berikan dan tiada pemberi bagi apa yang Engkau pegangkan, tiada petunjuk bagi orang yang Engkau sesatkan dan tiada penyesat bagi orang yang Engkau hidayahkan, tiada pemberi barang sesuatu yang Engkau sekatkan dan tiada penyekat barang sesuatu yang Engkau berikan, tiada siapa dapat mendekatkan sesuatu yang Engkau jauhkan dan tiada siapa pun dapat menjauhkan sesuatu yang Engkau dekatkan. Wahai Tuhanku tebarkanlah ke atas kami barakahMu, rahmatMu, kelebihanMu dan rezekiMu. Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnya aku memohon nikmat yang berkekalan yang tidak terhalang dan tidak hilang. Ya Tuhanku! Sesungguhnya aku memohon bantuan di hari kesuntukan, keamanan di hari menakutkan. Ya Tuhanku sesungguhnya aku berlindung dengan Dikau dari kejahatan yang ada pada yang Engkau berikan kami dan kejahatan yang ada pada apa yang Engkau halang pemberiannya kepada kami. Ya Tuhanku perkenankanlah kecintaan iman itu kepada kami serta hiasilah di persada hati nurani kami, hidupkanlah kebencian terhadap golongan kafir, fasiq dan pendurhakaan di dada kami, jadilah kami dari mereka yang terpimpin. Ya Tuhan, kami matikanlah kami sebagai muslim serta hidupkan kami sebagai muslim, letakkanlah kami bersama mereka yang soleh tanpa sebarang kehinaan atau terfitnah. Ya Allah ya Tuhanku, hancurkanlah golongan kafir yang mendusta utusanMu, menghalang di jalanMu, humbankan ke atas mereka kemurkaanMu dan siksaanMu. Ya Tuhanku hancurkanlah golongan kafir yang sebelum ini telah diturunkan kepada mereka kitab lalu mereka mendustakannya. Ya Allah ya Tuhanku yang sebenar perkenankanlah”.
Doa Baginda diaminkan oleh para Sahabat. Munajat yang amat bermakna mengharap sesuatu yang besar dari Yang Maha Besar. Begitulah Baginda tidak pernah luput dari jiwanya sentiasa berdoa dari awal sehingga berakhirnya peperangan. Kebergantungan kepada Allah jualah segala-galanya. Allah jualah yang mengetahui segala rahsia dan kebaikan.
Para ibu, isteri dan sanak saudara sudah menanti kepulangan tentera muslimin. Mereka meninjau-ninjau siapa yang masuk ke Kota Madinah. Melihat sosok tubuh Baginda berjalan masuk ke pintu Kota Madinah sudah cukup mengembirakan penduduk Madinah. Kemudian Baginda menemui mereka yang menunggu ucapan dan kata-kata Baginda.
Baginda bertemu Hamnah Binti Jahsy, dikhabarkan tentang kesyahidan Abdullah Bin Jahsy saudaranya. Hamnah lantas mengucapkan innalillahi wa inna ilai hi rajiun. Kemudian disampaikan kepadanya pula kesyahidan Hamzah Binti Abdul Mutalib iaitu bapa saudaranya kemudian beliau mengucapkan innalillahi wa inna ilai hi rajiun dan memohon istigfar untuknya. Seterusnya Baginda menyebut kematian suaminya Mus’ab Bin Umair beliau terus menangis bersangatan. Kemudian Baginda berkata “seorang suami bagi seorang wanita adalah satu kedudukan yang istimewa.”
Ibu kepada Saad bin Muaz datang berlari-lari ke hadapan Rasulullah s.a.w, di masa itu Saad sedang memegang tali kuda Baginda, Saad berkata, “itu ibuku wahai Rasulullah s.a.w.” Kata Baginda, “diucapkan selamat datang dengan ibumu tu.” Di situ Baginda berdiri untuk berhadapan dengan ibu Saad, sebaik sahaja beliau berada di hadapan Rasulullah s.a.w, Baginda pun menghebahkan berita kematian anaknya Amru bin Muaz. Jawab beliau, “namun bila aku mendapati Rasulullah s.a.w selamat kesemuanya adalah ringan sahaja.”
Dengan itu Rasulullah s.a.w pun berdoa untuk seluruh keluarga, yang anak mereka terbunuh di dalam peperangan, kata Baginda, “bergembiralah wahai ibu Saad dan sampaikanlah berita mengembirakan kepada keluarga sekalian di mana anak-anak dan keluarga mereka yang terbunuh itu diiringi masuk ke dalam syurga Allah, malah mereka akan memberi syafaat kepada ahli keluarga mereka.
Jawab ibu Saad, “kami redha dan bersenang hati dengan kesemuanya itu wahai Rasulullah s.a.w. dan tiada siapa lagi yang akan menangis, tambah beliau, “wahai Rasulullah s.a.w doakanlah untuk keluarga mereka yang masih ada ini, maka berdoalah Baginda, “Ya Allah Ya Tuhanku! Hilangkanlah duka nestapa dari hati-hati mereka, perbaikilah musibah dan kesusahan mereka dan jadikanlah yang tertinggal sebagai keluarga terbaik bagi mereka yang telah pergi.
Berdoalah itulah pengubat jiwa. Mohonlah ketenangan kepada pemilik jiwa. Serahkan jiwamu kepadaNya.
Pos Terkait:  Lihat Foto Nike Ardilla Sejak Tahun 1975, Netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *