Penghianatan Abdullah bin Ubay Dalam Peperangan Uhud | Runtuhnya pasukan Perang Uhud

Posted on

Peperangan Uhud : Sikap Abdullah Bin Ubay Yang Kacau

 

Pasukan tentera muslimin tiba di Bukit Uhud iaitu dengan kedudukan Bukit Uhud berada di belakang tentera Islam dan Madinah berada di hadapan. Waktu mereka tiba sudah hampir lewat petang. Baginda telah memilih 50 orang untuk membuat kawalan dan meronda sekeliling perkhemahan tentera muslimin. Panglima yang dipilih adalah Muhammad Bin Maslamah al Ansari, Kaab Bin Al Asyraf dan Zakwan Bin Abd Qais bertugas mengawal Baginda.
Dalam pada itu Abdullah Bin Ubay yang trut serta dari awal bersama tentera muslimin telah membuat helah untuk tidak bersama dengan pasukan tentera muslimin. Beliau membangkitkan kembali kenapa mereka tidak patuh kepada Baginda untuk tidak berhadapan dengan musuh di medan terbuka sedangkan Baginda mencadangkan sebaliknya. Hakikatnya adalah beliau dari awal bukan ada niat untuk berjihad. Abdullah Bin Ubay sengaja mewujudkan pepecahan di kalangan tentera muslimin agar mereka rasa berbelah bahagi dan tidak dapat fokus kepada peperangan. Matlamat dari awal lagi untuk beliau menjadi pemimpin di Madinah tetap masih subur berada dalam hatinya.
Hasutan dan bantahan Abdullah bin Ubay disambut oleh 300 sahaja orang pengikutnya. Namun beberapa kumpulan Bani Harith dari Aus dan Bani Salamah dari Khazraj tidak bersamanya walaupun hampir-hampir mereka terpengaruh. Al Quran memberi gambaran bagaimana jiwa mereka yang benar-benar beriman akan dipelihara oleh Allah,
إِذْ هَمَّتْ طَائِفَتَانِ مِنْكُمْ أَنْ تَفْشَلَا وَاللَّهُ وَلِيُّهُمَا ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
Maksudnya : (Ingatlah) ketika dua golongan dari kamu (pada hari peperangan Uhud itu) terasa lemah semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka dan (jika sudah demikian) kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal. (Ali Imran 3:122)
Sebelum rombongan Abdullah Bin Ubay meninggalkan khemah mereka telah diseru untuk tetap bersama dengan tentera-tentera muslimin. Namun seruan kepada golongan munafik tidak akan memberi apa-apa manfaatnya. Ketika mereka diajak untuk terus bersama maka mereka telah menempelak ajakan tersebut sebagaimana di gambarkan oleh al Quran,
وَلِيَعْلَمَ الَّذِينَ نَافَقُوا ۚ وَقِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا قَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَوِ ادْفَعُوا ۖ قَالُوا لَوْ نَعْلَمُ قِتَالًا لَاتَّبَعْنَاكُمْ ۗ هُمْ لِلْكُفْرِ يَوْمَئِذٍ أَقْرَبُ مِنْهُمْ لِلْإِيمَانِ ۚ يَقُولُونَ بِأَفْوَاهِهِمْ مَا لَيْسَ فِي قُلُوبِهِمْ ۗ وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يَكْتُمُونَ
Maksudnya. : Dan juga dengan tujuan Ia hendak melahirkan dengan nyata akan dikatakan kepada mereka: “Marilah berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), atau pertahankanlah (diri, keluarga dan harta benda kamu). Mereka menjawab: “Kalaulah kami faham ada peperangan (dengan sebenar-benarnya), tentulah kami mengikut kamu (turut berperang)”. Mereka ketika (mengeluarkan perkataan) itu lebih dekat kepada kufur dari dekatnya kepada iman. Mereka selalu menyebut dengan mulutnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan. (Ali Imran 3:167)
Kini jumlah pasukan tentera Islam telah berkurangan menjadi 700 orang sahaja. Abdullah Bin Ubay dan pengikutnya kembali ke Madinah meninggalkan para tentera muslimin. Namun tentera muslimin akan tetap meneruskan perjuangan di medan jihad bersama Rasulullah s.a.w.
Pos Terkait:  Review Vivo S1 Pro, Yakin Kameranya Sempurna?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *