Kisah Perang Ghatafan | Kelompok Penyerang Madinah Setelah Perang Suwaiq

Posted on

Perang Ghatafan

 

Selepas serangan Abu Sufyan di Madinah dalam peperangan As Suwaiq. Terdapat beberapa kelompok yang merasa berani untuk menyerang Mekah. Mereka terdiri dari kabilah Bani Tsa’labah, Bani Muharib dan Ghatafan. Mereka telah dihasut oleh kafir Quraisy agar melakukan serangan terhadap Madinah. Setelah tentera Abu Sufyan berjaya menyerang satu perkampungan di penjuru Madinah maka penduduk Ghataban merasakan mereka mampu mengalahkan tentera muslimin.
Mereka pada awalnya merancang untuk melakukan serangan pada waktu malam dan membunuh Baginda. Namun perancangan mereka telah diketahui oleh Baginda lalu digerakkan satu pasukan seramai 450 orang sahabat menyertai Baginda untuk menghadapi mereka pada tahun ke 3 hijrah pada bulan Safar.
Ketakutan tiba-tiba menguasai bani Tsa’labah dan Muharib apabila mendengar berita tentera muslimin sedang menuju ke perkampungan mereka. Lalu mereka telah melarikan diri bersembunyi disebalik bukit. Baginda dan para tenteranya berkhemah di kawasan sekitar Ghatafan tanpa melakukan apa-apa serangan.
Seorang lelaki dari penduduk Ghatafan iaitu Da’sur yang pada awalnya memang sangat yakin beliau boleh membunuh Baginda telah mengintai Rasulullah s.a.w yang berada di khemahnya. Ketika beliau melihat Baginda keseorangan maka beliau telah mengambil langkah menyelinap masuk ke dalam khemah Baginda.
Beliau telah menghunus pedangnya ke leher Baginda dan berkata kepada Rasulullah s.a.w.
“Siapakah yang boleh menyelamatkan kamu dari aku wahai Muhammad?”
Baginda dengan tenang menjawab, “Allah.”
Mendengar kalimah Allah, tiba-tiba Da’sur terlepas dan jatuh pedang yang dipegang ditangannya.
Lantas Baginda mengambil pedang tersebut dan mengacukan pedang kepada Da’sur. Lalu berkata Baginda, “siapa yang yang boleh menyelamatkan kamu sekarang daripada pedang kamu sendiri?”
Jawab Da’sur, “tidak ada seorang pun yang boleh menyelamatkan aku.”
Beliau kemudian merayu agar dilepaskan oleh Baginda. Rasulullah s.a.w memaafkan dan memberi semula pedang Da’sur. Melihat akhlak Baginda, akhirnya beliau mengucap syahadah dan menerima Islam sebagai pegangannya. Beliau kembali ke kaumnya kemudian mereka bertanya apakah yang terjadi. Da’sur menjawab, “apabila Muhammad mengucapkan Allah aku rasa ada seorang lelaki datang dan menolak aku hingga aku terjatuh.”
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ هَمَّ قَوْمٌ أَنْ يَبْسُطُوا إِلَيْكُمْ أَيْدِيَهُمْ فَكَفَّ أَيْدِيَهُمْ عَنْكُمْ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
Siri pengukuhan benteng Islam diteruskan oleh Baginda bagi memastikan Madinah adalah bumi yang aman tanpa adanya peperangan. Hanya musuh yang mencari nahas akan diperangi habis-habisan.
Pos Terkait:  Contoh Poster Open Member Guild FF untuk Rekrut Anggota Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *