8 Pembelajaran Yang Bisa di Ambil Dari Peristiwa Perang Badar

Posted on

Pengajaran Dari Perang Badar

Seperti yang dimaklumi perang Badar adalah satu peperangan yang pertama dihadapi oleh tentera muslimin. Allah menguji tentera muslimin dengan ujian yang sangat besar. Terdapat beberapa pengajaran yang boleh dijadikan iktibar.
1. Peperangan ini disebut oleh Allah sebagai Yaum Al Furqan kerana hendak membezakan di antara yang haq dengan yang batil.
2. Hijrahnya Baginda dan para Sahabat ke Madinah atas perintah Allah telah menjana kekuatan yang luar biasa walaupun jumlah mereka kecil dalam menghadapi musuh. Lihat firman Allah,
كَمْ مِنْ فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ
Maksudnya : “…Betapa banyak golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah dan Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al Baqarah 2: 249)
3. Kebenaran tetap ditegakkan walaupun nyawa menjadi pertaruhan di medan perang. Bagi yang terbunuh mereka tetap menang dengan anugerah syurga. Bagi mereka yang selamat kembali ke Madinah memperolehi pengalaman dan kekuatan kesan dari melihat pertolongan Allah.
4. Doa Rasulullah s.a.w bukan hanya sekali tetapi berterusan tanpa henti sehinggalah Allah mendatangkan kemenangan kepada perjuangan Islam.
5. Musuh-musuh Islam merasa gerun terhadap kekuatan Islam dan mereka telah nampak bahawa kemenangan Islam itu datangnya hasil dari kebenaran perjuangan Baginda. Allah menjelaskan punca kemenangan sebagaimana firmanNya
وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ ۖ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Maksudnya : Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). (Ali Imran 3:123)
6. Keangkuhan musuh-musuh Allah tidak membawa apa-apa kebaikan bagi mereka. Sifat seperti ini jangan pula ada pada mereka yang mengaku beriman kepada Allah. Lihatlah Allah menempelak mereka seperti dinyatakan dalam al Quran,
وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ خَرَجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ بَطَرًا وَرِئَاءَ النَّاسِ وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ
Maksudnya : Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan. (Al Anfal 8:47)
7. Baginda Rasul tetap bersikap lembut terhadap tawanan perang yang turut serta dalam perang bukan kerana bersungguh hendak memerangi Islam sebaliknya hanya menyertai sebab menjaga maruah keturunan. Manakala yang benar-benar memusuhi Islam tidak wajar diberi ruang untuk bebas kerana mereka adalah perancang kepada segalanya. Lihat firman Allah,
إِذْ يُوحِي رَبُّكَ إِلَى الْمَلَائِكَةِ أَنِّي مَعَكُمْ فَثَبِّتُوا الَّذِينَ آمَنُوا ۚ سَأُلْقِي فِي قُلُوبِ الَّذِينَ كَفَرُوا الرُّعْبَ فَاضْرِبُوا فَوْقَ الْأَعْنَاقِ وَاضْرِبُوا مِنْهُمْ كُلَّ بَنَانٍ
Maksudnya : (Ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang yang kafir dengan perasaan gerun; oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka”. (Al Anfal 8:12)
8. Kemenangan tentera Islam telah menyebabkan keyakinan terhadap orang beriman tentang janji Allah. Jika mengikut logik akal pasti mereka tewas namun kekuasaan Allah mengatasi apa yang mampu difikirkan oleh manusia.
Pos Terkait:  cara pembayaran lazada via internet banking bri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *