Kisah Amirul Mukminin Umar bin Khattab r.a Masuk Agama Islam (bagian 1)

Posted on

Kisah Amirul Mukminin Umar bin Khattab r.a Masuk Agama Islam (bagian 1)

 

Satu perkara yang tidak boleh diabaikan dalam membicarakan sirah ini ialah berita gembira buat ummat  Islam Mekah iaitu apabila Umar Al Khattab mengungkap kalimah syahadah. Ketika itu ummat Islam masih belum kuat dan penganiayaan yang masih berterusan. Nama sebenar Umar Al-Khattab ialah Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Ribaah Bin Abdillah bin Qarth bin Razaah bin Adi bin Kaab. Beliau berketurunan Arab Quraisy dari kabilah Bani Adi.
Berperwatakkan seorang yang bengis dan keras namun apabila beliau bercita-cita untuk melakukan sesuatu beliau akan bersunguh-sungguh melaksanakannya. Selain seorang yang bijak beliau juga merupakan seorang pemidato yang bagus. Pemusuhan dan penentangannya terhadap Islam sama hebat dengan penentangan Abu Jahal terhadap Islam pada peringkat awal dakwah Islam di Mekah.
Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab atau Amr bin Hisyam (Umar bin Hisyam@Abu Jahal). (HR : At-Thabarani)
Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh At-Thabrani bahawa Rasulullah juga pernah berdoa : “Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khattab.
Kekerasan Umar terhadap umat Islam memang diketahui oleh penduduk Mekah. Namun satu hari Umar telah bersikap lembut terhadap seorang wanita muslim yang bernama Ummu Abdullah yang telah berpakat dengan anak lelakinya untuk berhijrah ke Habsyah. Ketika Ummu Abdullah keluar pada waktu malam secara senyap-senyap untuk bertemu anaknya seterusnya berhijrah tiba-tiba Ummu Abdullah terserempak dengan Umar. Tentu sekali ketakutan menyelubungi Ummu Abdullah kerana tiada wanita yang keluar pada waktu malam berseorangan. Manakala ketika itu tidak dibenarkan mereka yang memeluk Islam meninggalkan kota Mekah.
Umar telah bertanya, “ke mana kamu mahu pergi wahai Ummu Abdullah?”.
Ummu Abdullah menjawab, “kamu siksa kami, ganggu kami, tidak mahu kepada kami maka biarlah kami keluar dari Mekah. Kamu tidak akan rugi apa-apa kalau kamu benarkan aku keluar wahai Umar.”
Umar berkata, “kalau begitu inilah perpisahan antara kita wahai Ummu Abdullah. Semuga keselamatan menyertai perjalanan kamu.”
Ummu Abdullah terkejut dengan jawapan Umar dan beliau pun bergegas meninggalkan Umar. Setibanya beliau menemui anaknya Abdullah lalu bertanyalah anaknya,
“Wahai ibu, adakah sesiapa melihat ketika ibu datang ke sini?”
Jawab ibunya, “ada iaitu Umar.
Terkejut Abdullah lalu bertanya, “bagaimana ibu boleh telepas?”
Jawab ibunya, “itulah yang berlaku Maha Besar Tuhan, bukan sahaja dia melepaskan aku pergi bahkan mendoakan agar perjalanan aku selamat.”
Berkata Abdullah, “mungkin ibu terlalu berharap sangat agar Umar masuk Islam.”
Berkata Ummu Abdullah, “ ya memang aku sangat berharap Umar satu hari nanti masuk Islam.”
Lalu berkata Abdullah, “wahai ibu, demi Allah Umar tidak sesekali aan mengucap syahadah selagi keldainya tidak mengucap dahulu.”
Ia mengambarkan dengan perangai pemusuhan terhadap Islam amat mustahil dari kacamata Abdullah bahawa Umar boleh menerima Islam. Bahkan Umar seringkali mengungkapkan segala perpecahan kabilah yang berlaku di Mekah adalah angkara Muhammad. Beliau pada satu pagi nekad untuk membunuh Rasulullah kerana merasakan segala masalah di Mekah puncanya dari Baginda. Dengan pedang dan semangat untuk menghapuskan Baginda beliau menuju mencari Rasulullah. Apakah yang terjadi dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah?
Simak kisahnya di bagian selanjutnya….hanya di www.caramantap.com
Pos Terkait:  Struktur Teks Laporan Hasil Observasi Adalah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *