Biografi Dan Perjalanan Dakwah Rasulullah Muhammad Saw Kepada penduduk Makkah (bagian 11)

Posted on

Perjalanan Dakwah Rasulullah Muhammad Saw Kepada penduduk Makkah

 

Rasulullah meneruskan dakwah kepada penduduk Mekah. Baginda menjelaskan sembahan yang dilakukan kepada berhala adalah satu bentuk kesyirikkan dan tidak bermanfaat sedikit pun kepada mereka. Sebaliknya mereka hendaklah menyembah Allah tuhan yang telah menciptakan alam ini. Baginda  berhujah tentang kebenaran Tauhid serta manusia disisi Allah adalah sama sahaja.
Seruan Baginda diterima oleh golongan yang miskin dan lemah, mereka yang tidak berkuasa dan rakyat biasa. Antara yang menerima seruan ini adalah keluarga Yaser isterinya Sumayyah dan anaknya Ammar. Kahbbab Bin Arat, Bilal, Suhaib, al Rumi, Amir Bin Fuhairah, Abdullah Bin Mas’ud dan lain-lain lagi.
Kaum Quraisy bertambah marah apabila sembahan mereka dikatakan tidak memberi manfaat dan tidak boleh mendatangkan kemudharatan. Seruan Baginda telah menyebabkan ramai yang mahu mendengarnya dan kesan terhadap masyarakat semakin terasa. Sehingga pada satu hari ketika Rasulullah memasuki Masjidil Haram kemudian melihat kaumnya menyembah berhala. Rasulullah menegur mereka supaya beribadat sebagaimana ajaran yang telah ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim. Namun kaumnya menjawab apa yang mereka lakukan hanyalah alat untuk mendekatkan diri kepada Allah. Al Quran menceritakan perbuatan mereka,
أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ ۚ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَىٰ إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ
Maksudnya : Ingatlah, hanya kepunyaan Allahlah agama yang bersih (dari syirik). Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya. Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang berdusta dan sangat ingkar. (Az Zumar 39:3)
Nasihat dan hujah Baginda gagal dijawab oleh mereka yang menyembah berhala. Kemudian kaum Quraisy mengambil keputusan bertemu dengan Abu Talib dan memintanya untuk menasihati Baginda dari terus menyelar sembahan mereka. Abu Talib mengambil sikap tenang dan akan menguruskan hal ini dengan Baginda. Beliau telah mengumpulkan suku Abdul Mutalib dan berucap kepada Baginda.
“Wahai Muhammad kaum kamu mengadu kepada aku berhubung hal kamu. Jika kamu berterusan begini ianya boleh mengakibatkan peperangan antara kita suku Abdul Mutalib dan Quraisy.”
Baginda lantas menjawab kepada mereka yang berada di majlis itu,
“Wahai bapa saudaraku! Demi Allah sekiranya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan pada tangan kiriku supaya aku meletakkan perintah ini sehingga Allah menampakkannya atau menghancurkannya sesekali aku tidak akan meninggalkan semua perintah ini.”
Kata-kata Baginda mengambarkan seruannya adalah suatu yang benar. Kesungguhan dalam seruan ini telah membuktikan Baginda bukanlah seorang yang penakut dan berjuang demi pangkat dan kedudukan. Bapa-bapa saudaranya yang lain tergamam dan tidak mampu berhujah dengan Baginda. Kemudian Baginda terus meninggalkan mereka.  Abu Talib berkata kepada Baginda bahawa suku Abdul Mutalib akan sentiassa membelanya. Namun bapa saudara yang lain mengancam Baginda dengan berkata,
“ Pergilah wahai anak saudaraku, katakanlah apa yang kamu mahu katakan, demi Allah aku tidak akan dapat menyelamatkan dirimu apabila terjadi sesutu kepadamu selamanya.”
Rasulullah terus melangkah tanpa menghiraukan apa jua ancaman dari kaum Quraisy. Manakala pembesar Quraisy mulai cemas dengan keberanian Baginda. Bulan untuk menunaikan haji ke Mekah semakin dekat. Pasti Mekah akan jadi tumpuan seluruh bangsa Arab. Pembesar Quraisy mula risau dan memikirkan bagaimana hendak menghalang dakwah Baginda. Apakah yang mereka lakukan?
Bersambung…
Pos Terkait:  Komik Eskrim Eskrim Viral di Facebook: Ini Dia Cara Baca Komiknya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *