Biografi Dan Perjalanan Dakwah Rasulullah Muhammad Saw (bagian 12) Berdakwah kepada qabilah Makkah

Posted on
Kisah lanjutan dari bagian 11

Biografi Dan Perjalanan Dakwah Rasulullah Muhammad Saw (bagian 12) Berdakwah kepada qabilah Makkah

 

Tiba musim Haji maka ramailah kabilah arab datang untuk menunaikan ibadah Haji. Nabi Muhammad mengambil peluang ini untuk berdakwah kepada kabilah yang datang ke Mekah. Dengan dakwah begini Islam dapat disebarkan keluar dari Kota Mekah apabila kabilah-kabilah ini kembali kepada kaumnya. Seperti biasa Abu Lahab tidak senang hati dengan dakwah yang disampaikan oleh Baginda kepada kabilah ini. Maka beliau telah mengekori Baginda, setiap kali Rasulullah berdakwah beliau akan mencelah dan menuduh Baginda dengan tuduhan yang melampau. Rasulullah sentiasa bersikap tenang dengan pelbagai tuduhan liar yang dilemparkan kepadanya.
Segala tindakan yang dilakukan oleh Quraisy untuk menghalang penyebaran dakwah Rasulullah tidak berjaya. Mereka sentiasa membuat perancangan dan strategi baru untuk melemahkan usaha dakwah dan juga menimbulkan keraguan kepada para pengikut Baginda. Antara yang dijelaskan oleh al- Quran adalah seperti membuat tuduhan Baginda sebagai orang gila. Lihat firman Allah,
وَقَالُوا يَا أَيُّهَا الَّذِي نُزِّلَ عَلَيْهِ الذِّكْرُ إِنَّكَ لَمَجْنُونٌ
Maksudnya : Mereka berkata: “Wahai orang yang diturunkan Al Quran kepadanya, sesungguhnya kamu benar-benar orang yang gila. (Al Hijr 15:6)
Mereka mengejek dengan mengatakan pengakuan Baginda bahawa al Quran yang diturunkan kepadanya adalah dari Allah dan Baginda adalah seorang yang tidak waras. Selain itu pula mereka membuat tuduhan Baginda sebagai ahli sihir sebagaimana dijelaskan al Quran,
وَعَجِبُوا أَنْ جَاءَهُمْ مُنْذِرٌ مِنْهُمْ ۖ وَقَالَ الْكَافِرُونَ هَٰذَا سَاحِرٌ كَذَّابٌ
Maksudnya : Dan mereka merasa hairan kerana mereka didatangi seorang pemberi peringatan (Rasul) dari kalangan mereka sendiri dan mereka yang kafir itu berkata: “Ini adalah seorang ahli sihir yang banyak berdusta. ( Sad 38:4)
Mereka tidak mahu menerima kebenaran dakwah Baginda bahawa Tuhan yang berhak disembah hanyalah Allah yang satu dan bukannya berhala yang banyak serta diangkat pula menjadi Tuhan. Penolakkan seruan Baginda oleh mereka tanpa hujah dengan melabel Baginda sebagai seorang ahli sihir dan pendusta. Inilah kemampuan yang mereka boleh lakukan apabila gagal dalam berhujah.
Apabila Baginda dikelilingi oleh golongan yang lemah yang mendengar seruan Baginda maka kafir Quraisy akan mencemuh dengan mengatakan inilah orang-orang yang lemah yang terpedaya dengan seruan dakwah Rasulullah. Dalam erti kata lain agama yang dibawa Baginda hanya untuk mereka yang lemah sahaja. Lihat firman Allah,
وَكَذَٰلِكَ فَتَنَّا بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لِيَقُولُوا أَهَٰؤُلَاءِ مَنَّ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنْ بَيْنِنَا ۗ أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَعْلَمَ بِالشَّاكِرِينَ
Maksudnya : Dan demikianlah telah Kami uji sebahagian mereka (orang-orang kaya) dengan sebahagian mereka (orang-orang miskin), lalu orang-orang yang kaya itu berkata (kepada orang-orang fakir dan miskin): “Orang-orang semacam inikah di antara kita yang diberikan nikmat oleh Allah kepada mereka?” (Allah berfirman): “Bukankah Allah lebih mengetahui tentang orang-orang yang bersyukur (kepadaNya)?” (Al An’am 6:53)
Seterusnya mereka mencari helah untuk mengelirukan pengikut Baginda mengenai wahyu yang disampaikan kepada mereka. Mereka membuat tuduhan bahawa al Quran bukanlah wahyu Tuhan tetapi hanyalah rekaan Baginda. Lihat firman Allah,
وَقَالُوا أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ اكْتَتَبَهَا فَهِيَ تُمْلَىٰ عَلَيْهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
Maksudnya : Dan mereka berkata: ” Al Quran itu adalah dongengan-dongengan orang-orang dahulu kala yang diminta oleh Muhammad supaya dituliskan, kemudian perkara yang dituliskan itu dibacakan kepadanya setiap pagi dan petang”.(Al Furqan 25:5)
Walaupun hakikatnya memang mereka mengenali Rasulullah dari kecil yang tidak tahu membaca dan menulis serta mengenali keperibadian Baginda tetapi tuduhan tetap dilemparkan kepada Baginda. Menuduh al Quran sebagai hasil tulisan atau rekaan Baginda ianya satu tuduhan yang mereka ketahui tidak benar namun kerana kekufuran dan penolakkan dakwah mereka tetap teguh dijalan kebatilan.
bentuk tuduhan dan halangan oleh kafir Quraisy terhadap Rasulullah. Terimakasih untuk para pembaca yang sabar menanti….kisah ini akan selalu bersambung sampai kisah biografi Dan Perjalanan Dakwah Rasulullah Muhammad Saw selesai.
Pos Terkait:  Apa Itu Social Spy WhatsApp, Kenapa Disebut Penipuan oleh Banyak Orang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *