Berikut Biografi Dan Perjalanan Dakwah Nabi Muhammad Saw (jilid 1)

Posted on
Jilid 1

Biografi & Perjalanan Dakwah Rasulullah Muhammad Saw

Nabi Isa adalah Rasul yang diutus sebelum Nabi Muhammad s.a.w. Jarak sebenar antara kedua Rasul ini tidak didapati secara tepat. Antara faktor perbedaannya adalah bagaimana para ahli sejarah menghitung. Ada yang mula menghitung sejak kelahiran Nabi Isa hingga kerasulan Nabi Muhammad s.a.w dan ada yang mengira sejak kelahiran Nabi sehingga kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Secara kasarnya ada yang memberi tempoh sekitar 570 tahun ke 620 tahun.
Bapa Baginda bernama Abdullah merupakan seorang anak yang disayangi oleh Abdul Mutalib. Abdullah telah berkahwin dengan Aminah Binti Wahab juga dari keturunan bangsa Quraisy. Semasa Aminah mengandung Abdullah telah keluar berniaga keluar dari kota Mekah. Namun Abdullah meninggal dunia ketika dalam perjalanan dalam usia yang muda iaitu 25 tahun. Jasad Abdullah telah dikebumikan di daerah Bani Hadyi Bin An Najar berhampiran Yathrib.
Aminah ibu Nabi Muhammad s.a.w telah melahirkan Baginda pada hari Isnin 12 Rabiul Awwal. Kegembiraaan menyelubungi kaum Quraisy terutamanya Abdul Mutalib kerana memperolehi seorang cucu lelaki. Allah telah mengilhamkan kepada Abdul Mutalib menamakan cucunya dengan nama Muhammad, sedangkan nama seperti ini tidak pernah digunakan oleh bangsa arab pada waktu itu.
Kelahiran bayi lelaki adalah suatu yang diraikan oleh kaum Quraisy sebagai tanda kesyukuran. Kelahiran bayi yang yatim ini juga disambut gembira oleh bapa saudara Baginda yang lain. Satu generasi baru bangsa Quraisy yang dilahirkan itu diraikan dengan penyembelihan dan jamuan makan  oleh bapa saudara Baginda.
Menjadi budaya dalam masyarakat Quraisy bayi baru lahir akan disusukan oleh ibu susuan yang diberi upah. Pada peringkat awal Baginda telah disusukan oleh seorang wanita yang bernama Tsuwaibah dan kemudiannya oleh Halimah Binti Abi Dzuaibi As Saa’diyah. Beliau merupakan seorang wanita yang miskin dan hidup dalam kesempitan. Pada peringkat awalnya Halimah tidak mahu mengambil Baginda untuk disusukan kerana khuatir tidak mendapat upah kerana menyusukan anak yatim. Namun akhirnya beliau bersetuju menyusukan bayi ini kerana tiada lagi bayi yang ditawarkan untuk disusukan. Sepanjang penyusuan bayi ini, Halimah dan keluarganya mendapat rezeki yang melimpah. Kambing-kambingnya mengeluarkan susu yang banyak dan menambah rezeki mereka sekeluarga.
Baginda telah dijaga hampir tempoh lima tahun dan dikembalikan kepada Aminah. Seterusnya Baginda telah dipelihara pula oleh Ummu Aiman Al Habasiyyah. Ketika Baginda berumur 6 tahun ibunya meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang menziarahi makam Abdullah. Ketika perjalanan itu Baginda turut serta dan juga ditemani oleh Ummu Aiman. Jenazah Aminah telah dikebumikan di Abwa yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Rasulullah telah dibawa balik ke Mekah oleh Ummu Aiman. Bermulah kehidupan Baginda sebagai seorang anak yatim piatu di usia yang masih kecil.
Kisah ini akan bersambung inSyaallah dalam jilid 2.
Pos Terkait:  Cara Membaca Candlestick di Olymp Trade: Panduan Lengkap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *