Biografi Dan Perjalanan Dakwah Rasulullah Muhammad Saw (bagian 5) Menerima Wahyu pertama kali

Posted on

Biografi Dan Perjalanan Dakwah Rasulullah Muhammad Saw (bagian 5) menerima Wahyu pertama kali

 

Baginda melihat amalan sembahan kaumnya menyebabkan Baginda sering beruzlah (menyediri dan beribadat). Cara amalan agama yang dilakukan kaumnya tidak disukai dan tidak dapat diterima oleh Baginda. Pada usia Baginda mencecah 40 tahun, tidak pernah sama sekali Baginda bersama dengan cara amalan agama masyarakatnya.
Pada satu malam Baginda bermimpi aneh dan menyebabkan seterusnya suka beruzlah dan tempat pilihannya adalah Gua Hira. Pada awalnya Baginda hanya berkhalwat satu malam kemudian sepeluh malam dan seterusnya sebulan. Baginda beribadat dengan amalan Nabi Ibrahim dan membawa bekalan makanan untuk beberapa hari. Apabila bekalan makanan habis Baginda akan turun dari Gua Hira kembali ke rumahnya dan kembali semula untuk ke Gua Hira.  Semuanya ini adalah aturan Allah bagi menyediakan persiapan mental kepada Baginda yang akan memikul satu amanah yang besar.
Sehinggalah satu hari Baginda didatangi wahyu yang pertama yang dibawa oleh Jibril yang merupakan wahyu dari Allah yang berbunyi :
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ –  خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ –  اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ  –  الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ
Maksudnya : “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Al-‘Alaq 96:1-4)
Tentang bagaimana wahyu pertama ini diturunkan diterangkan dalam hadis ke-3 dalam Shahih Bukhari,
Dari Aisyah Ummul Mukminin r.a. bahwa ia berkata, “Pertama turunnya wahyu kepada Rasulullah SAW secara mimpi yang benar waktu Baginda tidur. Biasanya mimpi itu  jelas dilihat oleh Baginda, seperti jelasnya cuaca pagi. Semenjak itu hati Baginda tertarik untuk mengasingkan diri ke Gua Hira. Di situ Baginda beribadah beberapa malam, tidak pulang ke rumah isterinya. Untuk itu Baginda membawa bekalan secukupnya. Setelah bekalan habis, Baginda kembali kepada Khadijah, untuk mengambil lagi bekalan secukupnya. Kemudian Baginda kembali ke Gua Hira, hingga suatu ketika datang kepadanya kebenaran (wahyu), iaitu sewaktu Baginda masih berada di Gua Hira. Malaikat datang kepadanya, lalu berkata,
“Bacalah” Baginda menjawab, “Aku tidak tahu membaca”. Baginda menceritakan, “Maka aku ditarik dan dipeluknya hingga aku kepayahan. Lalu aku dilepaskannya dan disuruh membaca. Malaikat berkata “bacalah” aku menjawab “aku tidak tahu membaca.” Maka aku ditarik dan dipeluknya hingga aku kepayahan. Lalu aku dilepaskannya dan disuruh membaca. Bacalah” aku menjawab “aku tidak tahu membaca.” Maka aku ditarik dan dipeluknya untuk kali ketiga. Kemudian aku dilepaskan seraya ia berkata
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan. Yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Demi Tuhanmu yang Maha Mulia.”
Setelah itu Baginda pulang ke rumah Khadijah binti Khuwalid, lalu berkata,
“Selimutkan aku, selimutkan aku!”
Khadijah menyelimutinya hingga hilang rasa takutnya. Kata Nabi kepada Khadijah binti Khuwalid (setelah mennceritakan semua kejadian yang dialami Nabi),
“Sesungguhnya aku cemas atas diriku.” Khadijah menjawab,
Jangan takut, demi Allah, Tuhan tidak akan membinasakan engkau. Engkau selalu menyambung tali persaudaraan, membantu orang yang sengsara, mengusahakan barang keperluan yang belum ada, memuliakan tetamu, menolong orang yang kesusahan kerana menegakkan kebenaran.” Setelah itu Khadijah pergi bersama Nabi menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza, iaitu anak bapa saudara Khadijah yang telah memeluk agama Nasrani pada masa jahiliyah itu. Ia pandai menulis buku dalam bahasa Ibrani. Maka disalinnya Kitab Injil dari bahasa Ibrani seberapa yang dikehendaki Allah dapat disalin. Usianya kini telah lanjut dan matanya telah buta.
Khadijah berkata kepada Waraqah, “wahai anak bapa saudaraku. Dengarkan khabar dari anak saudaramu ini.” Waraqah bertanya kepada Nabi,
“Wahai anak saudaraku. Apa yang terjadi atas dirimu?”
Nabi menceritakan kepadanya semua peristiwa yang telah dialaminya. Waraqah berkata,
Inilah Namus yang pernah diutus Allah kepada Nabi Musa. Duhai, semoga aku masih hidup ketika kamu diusir oleh kaummu.”
Nabi bertanya,
“Apakah mereka akan mengusir aku?”
Waraqah menjawab, “Ya, betul. Belum ada seorang pun yang diberi wahyu seperti engkau yang tidak dimusuhi orang. Jika aku masih mendapati hari itu nescaya aku akan menolongmu sekuat-kuatnya.”
Tidak berapa lama kemudian Waraqah meninggal dunia dan wahyu pun terputus untuk sementara.
Kisah bersambung…
Pos Terkait:  Cara Edit Foto Wajah ke Badan Orang Lain Online