Dahwah Nabi Muhammad Saw secara Sirri “rahasia/diam-diam” ( bagian 10)

Posted on

Dahwah Nabi Muhammad Saw secara Sirri (rahasia/diam-diam)

 

Dakwah Rasulullah secara sir (rahsia) berlangsung selama hampir 3 tahun. Walaupun dakwah ini berjalan secara sir namun jejaknya dakwah ini telah dihidu dan dilihat oleh kaum Quraisy. Namun mereka tidak mengendahkan sangat perilaku Baginda kerana ianya tidak berkait dengan cara hidup mereka dan tidak ada larangan dalam pengamalan beragama mereka.
Kemudian telah turun wahyu agar Baginda menyeru kaum keluarganya kepada agama Tauhid. Sebagaimana firman Allah,
وَ أَنذِرْ عَشِيرَتَك الأَقْرَبِينَ
Maksudnya : “Berilah peringatan keluargamu yang terdekat.” (As Syuara 26:214).
Ketika ayat ini turun Rasulullah bersabda: “Wahai Bani Abdul Mutalib, demi Allah aku tidak pernah menemukan sesuatu yang lebih baik di seluruh bangsa Arab dari apa yang kubawa untukmu. Aku datang kepadamu untuk kebaikan di dunia dan akhirat. Allah telah menyuruhku mengajakmu kepadaNya. Maka, siapakah di antara kamu yang bersedia membantuku dalam urusan ini untuk menjadi saudaraku dan washiku serta khalifahku?”
Mereka semua tidak bersedia kecuali Ali bin Abi Talib. Di antara hadirin beliaulah yang paling muda. Ali berdiri seraya berkata: “Aku ya, Rasulullah. Aku (bersedia menjadi) wazirmu dalam urusan ini”. Lalu Rasulullah memegang bahu Ali seraya bersabda: “Sesungguhnya Ali ini adalah saudaraku dan washiku serta khalifahku atas terhadap kalian. Oleh karena itu, dengarkanlah dan taatilah ia.” Mereka tertawa terbahak-bahak sambil berkata kepada Abu Thalib: “Kamu disuruh mendengar dan mentaati anakmu”. (Rujuk Tafsir Ibnu Katsir, jilid 3)
Dakwah Baginda tidak disambut oleh bapa-bapa saudaranya. Mereka tidak langsung percaya atas apa yang diserukan oleh Baginda. Namun Rasulullah telah melaksanakan apa yang telah diperintahkan kepadanya. Setelah itu turunlah wahyu yang memerintahkan pula Baginda untuk mengiklankan dakwahnya secara terang. Wahyu tersebut adalah dari surah al Hijr ayat 94,
فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ
Maksudnya : Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik. (Al Hijr 15:94)
Menurut Ibnu Abbas berdasarkan ayat ini, Allah memerintahkan RasulNya untuk menyampaikan risalah yang diutuskan kepada Baginda dan melaksanakannya secara terang-terangan di hadapan orang-orang musyrik.
Tindakan yang dilakukan oleh Baginda adalah mengumpulkan kaum Quraisy serta Baginda naik ke Bukit Safa seraya menyeru,
“Wahai Bani Fihr, Bani Aud, keluarga keturunan Quraisy, hingga dengan itu maka berkumpullah mereka semua, hingga kalau ada yang tidak dapat keluar, mereka menghantar wakilnya untuk mengikuti apakah yang berlaku. Abu Lahab dan sekelian Quraisy pun datang ke situ.
Rasulullah berkata, “Bagaimana kalau aku katakan kepada kamu kamu, bahawa di sebalik bukit sana ada musuh berkuda akan menyerang kamu, apakah kamu boleh percaya apa yang aku katakan itu?
Jawab mereka, “Ya kami percaya, sebab selama ini belum pernah kami berpengalaman, selain dari kebenaranmu.”
Maka sambung Rasulullah dengan kata-katanya, “Sesungguhnya aku hendak memberi peringatan kepada kamu bahawa azab sengsara sedang menanti kamu!
Maka kata Abu Lahab, “Binasalah kau di seluruh hari ini, apakah untuk ini maka kamu mengumpul kami semua,
تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ (1) مَا أَغْنَى عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ (2) سَيَصْلَى نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ (3) وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ (4) فِي جِيدِهَا حَبْلٌ مِنْ مَسَدٍ (5
Maksudnya : Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang dia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar. Yang di lehernya ada tali dari sabut. (Al Lahab 111:1-5)
Selepas kejadian itu Nabi teruskan dakwah dengan lembut manakala dengan Abu Lahab Baginda bersikap tegas.
Kisah ini akan Bersambung, selalu ikuti kisah selanjutnya hanya di www.caramantap.com
Pos Terkait:  Cara Log Out Facebook dengan Mudah dan Cepat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *