Daftar Isi
Sembunyikan
Piagam Madinah.
Baginda telah menyusun sistem pemerintahan setelah berhijrah ke Madinah. Baginda yang dipimpin oleh wahyu telah berjaya meletakkan kepentingan Islam melebihi keutamaan mana-mana kabilah atau kaum. Tidak pernah berlaku lagi dalam mana-mana sejarah agama yang mampu menyatukan manusia dengan kehidupan, tanpa batasan keturunan, warna kulit, geografi dan sebagainya melainkan Islam. Pastinya semuanya bagi memberi keselesaan kehidupan di dunia dengan sifat kemanusiaan iaitu saling menghormati dan meraikan perbezaan.
Piagam Madinah dibentuk dengan ciri-ciri seperti berikut:
Agama
Hak kebebasan beragama kepada semua penduduk Madinah.
Semua berhak mengamalkan adat masing-masing yang tidak bertentangan dengan Islam.
Politik Dan Pentadbiran
Baginda adalah ketua Negara Madinah.
Baginda adalah hakim yang menyelesaikan segala masalah masyarakat Madinah.
Sosial
Setiap warganegara Madinah bertanggungjawab terhadap negara Madinah.
Permusuhan hendaklah dielakkan antara mana-mana kaum atau individu.
Perundangan
Perundangan Islam digunakan sebagai sistem keadilan dan perundangan.
Mana-mana kaum boleh mengamalkan undang-undang kekeluargaan yang bersesuaian dan tidak bercanggah dengan Islam.gan dengan Islam.
Ekonomi
Semua penduduk perlu memajukan ekonomi negara dan segala bentuk penindasan dalam sistem ekonomi dihapuskan.
Pertahanan
– Setiap warganegara Madinah mestilah mempertahankan negara dari ancaman musuh dari luar.
Kedudukan Kaum Yahudi
– Mereka dijamin keselamatan dan kebebasan selagi tidak melanggar Piagam Madinah.
Masyarakat telah hidup dengan aman dan tenteram hasil Piagam Madinah ini. Namun akhirnya Piagam Madinah ini dilanggar oleh golongan Yahudi yang memang sentiasa mencari jalan untuk memanipulasi kerajaan Madinah.