Kisah Perang Suwaiq | Abu Sofyan Tidak Akan Mandi Junub Sebelum Memerangi Nabi Muhammad Saw

Posted on

Perang Suwaiq

 

Dalam al-Kamil fi at-Tarikh, Imam Ibnul Atsir menyatakan Abu Sufyan bernazar tidak akan mandi junub sebelum dia memerangi Nabi Muhammad s.a.w. Kemudiannya beliau telah menyusun pasukan perang untuk memerangi Madinah.
Abu Sufian mengetuai pasukan ini dengan kekuatan pengangkutan sebanyak tiga ribu ekor unta, kekuatan tentera berkuda berjumlah dua ratus ekor kuda serta peralatan penangkis sebanyak tujuh ribu perisai. Khalid Bin Al Walid dengan dibantu oleh Ikrimah Bin Abu Jahal mengetuai pasukan berkuda dan panji-panji perang diamanahkan oleh Bani Abdul Al Dar.
Tentera musyrikin kali ini turut disertai oleh wanita dan ibu bagi memberi semangat kepada para tentera bagi merangsang dan memenangi peperangan ini. Matlamatnya mereka akan lebih bersemangat untuk mempertahankan ibu dan keluarga mereka dari serangan tentera muslimin nanti. Antara wanita yang bersama dalam rombongan ini adalah Hindun Binti Utbah iaitu isteri kepada Abu Sufyan.
Apabila tiba di al Abwa, Hindun telah mencadangkan agar mereka mengali dan membongkar kubur bonda Rasulullah s.a.w. Cadangan Hindun dibantah keras oleh tentera Quraisy dan mereka sama sekali tidak bersetuju. Tindakan seperti ini akan memberi kesan yang sangat buruk dan mengundang kemarahan yang lebih besar. Perjalanan mereka diteruskan sehingga ke Wadi al Aqiq berhampiran Bukit Uhud yang dikenali sebagai Ainain. Kemudian mereka berkhemah di situ pada bulan Syawal tahun ketiga Hijrah.
Setibanya pasukan Quraisy berdekatan Madinah, mereka telah cuba untuk mendapat bantuan dari kalangan Yahudi Madinah. Dua orang tokoh Yahudi iaitu Huyyai Bin Akhtab dan Sallam Bin Musykin telah bersetuju untuk menyalurkan maklumat dan membekalkan senjata kepada tentera Musyrikin. Yahudi ini telah melanggar perjanjian damai dengan Madinah.
Seterusny Abu Sufyan telah melakukan serangan ke satu kampung umat Islam dan telah membunuh seorang Ansar serta merampas harta mereka. Kemudian tentera Abu Sufyan segera meninggalkan perkampunga tersebut. Berita serangan ini telah sampai kepada Baginda. Satu pasukan dibentuk dan segera bertindak dengan mengejar tentera Abu Sufyan namun mereka gagal menangkap pasukan tentera ini.
Abu Sufyan yang melarikan diri terpaksa meninggalkan buah tamar yang dirampas di perkampungan yang diserang. Buah tamar tersebut dari jenis Suwaiq maka peprangan ini telah dinamakan dengan Peperangan As Suwaiq. Setelah melakukan serangan ke perkampungan Islam itu barulah Abu Sufyan menunaikan nazarnya dengan mandi junub. Pada beliau ini adalah kejayaan yang dicapai olehnya dan selayaknya beliau menunaikan nazarnya.
Berlakunya perang As Suwaiq pada bulan Syawal tahun ke 2 Hijrah. Selepas itu tidak berlaku peperangan lagi kerana telah masuknya bulan-bulan yang diharamkan berperang sehinggalah bulan Safar.
Pos Terkait:  Jelaskan Pengertian Topeng

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *