Tumbangnya Bendera Pasukan Kafir Quraisy|6 Bani Thalhah Mati Terbunuh oleh Kaum Muslimin

Posted on

Tumbangnya Bendera Pasukan Kafir Quraisy|6 Bani Thalhah Mati Terbunuh oleh Kaum Muslimin

Di pihak tentera Quraisy Abu Sufyan menyusun atur pasukan tenteranya. Beliau memimpin pasukan ini manakala di bahagian sayap kanan dipimpin oleh Khalid Bin al-Walid, sayap kiri dipimpin oleh Ikrimah Bin Abu Jahal, pasukan pejalan kaki dipimpin oleh Safwan bin Umaiyyah dan pasukan pemanah dibawah pimpinan Abdullah Bin Abi Rabiah. Pembawa panji diserahkan kepada kelompok dari Bani Abd al-Dar.
Biarlah permasalahan ini di antara kami dan anak-anak saudara kami sahaja, tidak usahlah kamu pedulikan, kiranya begitu akan kami beredar pulang dari sini biar peperangan pun tidak jadi.
Cubaan Abu Sufyan tidak sedikit pun memberi kesan kepada pasukan Ansar. Peperangan ini adalah bukannya antara saudara mara Quraisy tetapi adalah saudara Islam yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. Akhirnya wakil Abu Sufyan beredar meninggalkan pasukan Ansar.
Seorang lelaki bernama Abu Amru yang dikenali sebagai Abu Amru Al Rahib (seorang yang kononya alim) telah turut serta bersama dengan tentera Quraisy. Beliau dahulunya tinggal di Madinah sebelum kedatangan Baginda dan telah dicalonkan sebagai pemimpin Madinah oleh suku Aus dan Khazraj. Setelah berlakunya Hijrah dan Baginda memimpin Madinah beliau sangat tidak suka kepada Islam telah membawa diri ke Syam. Sikap permusuhan dengan Islam masih tetap dalam dirinya. Apabila beliau mendengar tentang peperangan yang akan berlaku maka segeralah beliau datang menyertai pasukan Quraisy untuk menentang Islam.
Sebelum peperangan bermula beliau telah menemui suku Aus dan Khazraj dan meminta mereka menyebelahinya namun segala tawaran dan hujahnya tidak berjaya. Suku Aus dan Khazraj tetap dengan keimanannya mempertahankan Islam. Abu Amru beredar dengan kecewa kerana tiada yang mahu bersamanya.
“Kalau kamu menang kamu ditunggu dengan layanan istimewa tetapi kalau kamu lari dan kamu kalah kami tidak akan kenal kamu lagi.”
Turut serta dalam peperangan adalah seorang hamba lelaki kulit hitam yang dimiliki oleh Jubair bin Mut’im bernama Wahsyi. Beliau seorang yang pakar dalam melontar lembing. Beliau telah ditawarkan pembebasan sekiranya berjaya membunuh Hamzah Bin Abdul Mutalib. Maka sebagai syarat merdeka dari menjadi hamba beliau bersetuju untuk melakukan satu misi sahaja iaitu membunuh Hamzah Bin Abdul Mutalib.
Saat pertempuran semakin hampir, kehangatan dan semangat tentera muslimin juga tidak sedikit pun goyah. Pasukan musuh yang sangat ramai jumlahnya tidak memberi kesan kepada keimanan tentera muslmin. Tiada lagi makna pujukan dan tawaran dari mana-mana Quraisy yang mampu membeli iman mereka.
Dalam peperangan yang menjadi sasaran untuk memastikan kalah dan menang adalah dengan tumbangnya bendera mereka. Hamzah, Ali dan Zubair telah menyusun strategi untuk meluru menyerang pemegang bendera kafir Quraisy. Menjadi kelaziman kafir Quraisy yang bertangunggjawab memegang bendera adalah dari keturunan Bani Abd al Dar.
Ketika itu bendera musuh dipegang oleh Talhah Bin Abi Talhah. Beliau menaiki unta dan membuat cabaran dengan sombongnya terhadap tentera Islam. Zubair melihat tiada yang kehadapan untuk menyahut cabaran Talhah maka beliau terus meluru dan terus membunuh Talhah Bin Abi Talhah sepantas kilat tanpa sempat beliau menangkis serangan Zubair. Bendera musuh tumbang bersama Talhah Bin Abi Talhah. Tentera musuh terkejut dengan apa yang berlaku.
Rasulullah yang melihat ketangkasan Zubair bertakbir lalu berkata, “setiap Nabi itu ada penyokongya dan Zubair adalah penyokongku.”
Bendera musuh segera dipegang pula oleh Abu Syaibah Bin Abi Talhah. Beliau dengan semangatnya untuk mengalahkan tentera Islam telah diterkam oleh Hamzah Bin Abdul Mutalib yang telah bersedia dari awal menyebabkan Abu Syaibah terbunuh dengan pedang Hamzah. Bendera musuh tumbang bagi kali ke 2 dan disambut pula oleh Abu Saad Bin Abi Talhah. Serangan dari Ali Bin Abi Talib menghantar Abu Saad Bin Abi Talhah ke neraka tanpa sempat beliau mempamerkan kesombongannya.
Bendera musuh kali ini disambut oleh Musaf Bin Talhah, namun anak panah Asim Bin Abi al Aflah singgah ke badan Musaf menyebabkan beliau terbunuh. Kilab Bin Talhah segera mengambil bendera musuh tanpa berlengah, Zubair segera membunuhnya dan bendera musuh jatuh lagi. Kali ini Jullas Bin Talhah pula segera mengambil bendera namun Talhah Bin Ubaidullah dari tentera muslimin menikam beliau dan membunuhnya. Ada pendapat yang mengatakan Asim Bin Thabit yang membunuh Jullas Bin Talhah.
Enam orang dari keluarga Abi Talhah terbunuh dalam masa yang singkat kerana mempertahankan bendera mereka. Kini bendera musuh diambil pula oleh Bani Abd al Dar yang lain namun keempat-empat mereka berjaya dibunuh oleh tentera Islam seorang- demi seorang yang coba menegakkan bendera. Akhirnya tiada lagi yang berani menegakkan bendera mereka. Musuh mula rasa takut lalu mereka coba menyerang bendera tentera muslimin yang di pegang oleh Mus’ab. Serangan semakin hebat namun tentera musuh tidak dapat masuk menembusi untuk menumbangkan Mus’ab.
Tentera muslimin meluru tanpa berlengah, setiap musuh yang ditemui semuanya tidak ada yang terlepas dari libasan pedang-pedang mereka. Saad Bin Abi Waqas yang sentiasa berada disisi Rasulullah mengunakan panah untuk menyerang musuh. Baginda mendoakan setiap panahan Saad mengena sasaran dan sememangnya itulah yang berlaku tiada ada satu pun anak-anak panah Saad yang tersasar. Setiap panahan beliau pasti mengena musuh sama ada mereka terbunuh atau cedera.
Hamzah Bin Abdul Mutalib seperti singa yang terlepas dari ikatan sudah tidak dapat dikawal dan menyerang tanpa belas kasihan. Tetakan dan hanyunan pedangnya pasti memisahkan anggota dari badan.
Pos Terkait:  Cara untuk Menyantap Buah Markisa