Peristiwa Peperangan Badar Bagian Akhir | Pertempuran Terkahir

Posted on

Peperangan Badar Akhir.

Segala rancangan musuh-musuh Islam untuk menyerang Madinah berjaya dipatahkan oleh tentera-tentera Islam selepas tragedi Uhud. Baginda menyusun strategi yang mantap sehingga tiada yang mampu menceroboh kota Madinah dan penduduknya hidup dengan aman tanpa gangguan dan ugutan dari musuh.
Kini sudah satu tahun dari peristiwa Uhud dan janji kafir Quraisy untuk kembali menyerang Madinah. Maka Baginda dan para tentera muslimin bergerak menuju Badar untuk menyahut panggilan perang dari janji Abu Sufyan untuk berhadapan dengan tentera muslimin. Utusan Abu Sufyan telah datang menghantar surat dan menentukan tarikh peperangan. Peperangan ini dikenali sebagai Ghazwah Badar al Akhirah (Peperangan Badar Terakhir).
Kekuatan tentera muslimin kali ini adalah 1500 orang manakala dari pihak musuh pula adalah 2000 orang tentera musyrikin. Baginda dan tentera muslimin sudah bersedia di Badar. Manakala tentera musyrikin yang dipimpin oleh Abu Sufyan bergerak dengan hati yang berat untuk menuju ke Badar. Baru satu marhalah mereka bergerak dari Mekah tentera musyrikin berhenti rehat di satu tempat yang ada air bernama Mijannah. Abu Sufyan sendiri tidak berapa mahu meneruskan perjalanan untuk berperang lalu beliau mula mencari alasan untuk kembali ke Mekah.
“Wahai sekalian Quraisy sebenarnya untuk berperang tahun ini tidak sesuai. Seeloknya di tahun yang subur iaitu di musim menjaga tanaman dan ternakan hinga dapat kamu meminum susu. Tetapi tahun ini tahun kemarau aku hendak pulanglah semula. Ayuh pulang kamu semua.”
Kegerunan tentera Quraisy semakin terserlah apabila mereka baru sahaja bergerak dari Mekah tiba-tiba berpatah balik semula ke Mekah. Sedangkan Baginda dan para tentera muslimin sudah berada di Badar dan menanti selama 8 hari kedatangan tentera kafir Quraisy. Semasa menanti musuh yang tidak kunjung tiba para tentera muslimin berniaga dan menjual pelbagai barang sehingga mencapai keuntungan yang besar kepada mereka. Baginda bertanya kepada wakil musyrikin yang telah dikirim oleh Abu Sufyan untuk menakutkan tentera muslimin, di mana Abu Sufyan dan tenteranya sedangkan tentera muslimin sudah bersedia untuk berhadapan dengan mereka.
Setelah lama menanti akhirnya tentera muslimin kembali ke Madinah setelah mendapat khabar Abu Sufyan dan tenteranya telah berpatah balik ke Mekah dan takut untuk berhadapan dengan Baginda dan tentera muslimin. Sebenarnya selepas peristiwa perang Uhud tentera muslimin lebih berani dan sangat patuh kepada arahan Baginda. Segala cabaran untuk melenyapkan Islam akan dihadapi dengan persiapan fizikal, mental dan spiritual yang tinggi.
Musuh-musuh Islam dapat melihat kesungguhan tentera muslimin dan ketakutan segera menghinggapi jiwa mereka. Lihat penjelasan al Quran,
قُلْ لِلَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ يَنْتَهُوا يُغْفَرْ لَهُمْ مَا قَدْ سَلَفَ وَإِنْ يَعُودُوا فَقَدْ مَضَتْ سُنَّتُ الْأَوَّلِينَ
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang kafir (Abu Sufyan) itu, jika mereka berhenti (dari kekufurannya), nescaya akan diampunkan dosa mereka yang telah lalu, dan jika mereka kembali lagi (ingkar maka Kami akan menyeksa mereka), kerana sesungguhnya telah berlakulah kebinasaan orang-orang (yang kufur ingkar) dahulu kala. (Al Anfal 8:38)
Pos Terkait:  Demon Slayer: Sejarah Keluarga Inosuke, Ternyata Ibunya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *