Rencana & Rancangan Orang Kafir Quraisy Membunuh Nabi Muhammad Saw

Posted on

Perancangan Quraisy Membunuh Rasulullah s.a.w.

 

Kaum kafir Quraisy menyedari ramai penganut Islam telah berhijrah ke Madinah dan mereka mendapat sambutan baik dari kabilah Aus dan Khazraj. Perkembangan ini membimbangkan mereka kerana pastinya pelbagai impak akan berlaku kepada mereka. Kesan ekonomi, kekuasaan dan pengembangan agama Islam akan pasti mengugat kedudukan mereka di Mekah satu hari nanti.
Pada masa yang sama mereka juga menyedari Rasulullah s.a.w mempunyai pengaruh yang sangat kuat. Sepanjang Baginda berada di Mekah pelbagai tindakan yang dilakukan oleh mereka bagi melemahkan dakwah Baginda semuanya tidak berjaya. Malah pengikut Baginda yang pada awalnya hanyalah dari kalangan golongan miskin dan lemah tetapi kini bukan lagi. Golongan bangsawan serta dari kabilah yang kuat dari luar kota Mekah turut bersama Baginda. Mereka amat yakin kekuatan dari Madinah mampu menewaskan mereka yang berada di Mekah pada satu hari nanti. Maka kafir Quraisy telah membuat perancangan yang besar iaitu untuk menamatkan riwayat hidup Baginda.
Pada pagi 26 Safar pada tahun keempat kebangkitan Baginda, kafir Quraisy telah  bersetuju untuk membuat satu mesyuarat di kenali Darul Nadwah iaitu dua bulan selepas perjanjian Aqabah kedua. Setiap kabilah telah menghantar wakil dalam mesyuarat ini bagi melenyapkan pembawa obor Islam ini buat selama-lamanya. Antara wakil-wakil itu adalah,
 1. Abu Jahal bin Hisyam mewakili kabilah Bani Makhzum.
2. Jubair bin Mutaam, Tai’mah bin Adi dan al-Harith bin Amir mewakili Bani Naufal Ibn Abdul Manaf.
3. Syaibah dan Utbah kedua-dua anak Rabiah dan Abu Sufian bin Harb, mewakili Bani Abdul Syams bin Abdul Manaf.
4. Al-Nadhr bin al-Harith (orang yang mencampakkan pundi-pundi najis sembelihan ke atas Rasulullah di Kaabah semasa baginda bersembahyang) mewakili Bani Abd al-Dar?
5. Abu al-Bukhturi bin Hisyam, Zama’h bin al-Aswad dan Hakim bin Hizam mewakili Bani Asad bin Abd al-Uzza.
6. Nabyah dan Manbah kedua-duanya anak lelaki al-Hajjaj mewakili Bani Sahm.
7. Umaiyah bin Khalaf mewakili Bani Jumah.
Sebelum menghebahkan tentang mesyuarat ini Abu Jahal telah memberi ingatan supaya tidak menjemput wakil dari Bani Hasyhim, Abdul Manaf dan Abdul Mutalib dan sesiapa yang ada hubungan dengan Rasulullah s.a.w atau mereka yang bersimpati dengan Baginda.
Ketika wakil-wakil ini menuju ke Darul Nadwah mereka telah terserempak dengan seorang lelaki tua yang berpakaian seperti orang alim. Orang tua ini memperkenalkan dirinya dari Najd yang datang kerana mendengar ada perjumpaan di Darul Nadwah dan beliau ingin mendengar perbincangan mereka dan berhasrat untuk memberi pandangan yang bernas bagi menjayakan apa yang mereka rancangkan. Mendengar kata-kata lelaki tua yang perwatakkan dan pakaian seperti seorang syeikh maka mereka berbesar hati untuk membenarkannya turut serta dalam mesyuarat ini. Lelaki tua ini sebenarnya adalah Iblis yang menyamar sebagai syeikh dari Najd.
Mesyuarat dimulakan dengan cadangan dari Abu al Aswad beliau berkata,
“Kita keluarkannya dari sini dan buangnya ke negeri lain. Selepas itu kita jangan pedulikannya, ke mana dia hendak pergi dan jatuh. Kemudian kita ‘pulihkan’ semula masyarakat kita ini”.
Iblis yang menyamar syeikh bersuara,
Demi Allah, kamu tidak ada cadangan yang lainkah? Tidakkah kamu perhatikan bahawa Muhammad ini seorang yang petah bercakap dengan kata-katanya yang halus dan manis serta berupaya mempengaruhi dan menawan hati orang? Jika kamu berbuat demikian, kamu tidak akan selamat kerana beliau akan memasuki ke perkampungan dan pendalaman Arab yang lain. Kemudian beliau akan memimpin untuk menentang dan melanyak kamu semua dan melakukan apa sahaja yang dikehendakinya.
Kemudian Abu Bukhturi pula memberi cadangannya,
Kita penjarakannya dalam kurungan besi, tutup pintunya dan kawal dengan sebaik mungkin serta tengok apa akan terjadi.
Iblis segera mencantas cadangan ini katanya,
“Demi Allah, ini bukan cadangan yang baik, kalau kamu kurungkannya sedemikian rupa pun akhirnya hal itu akan bocor
keluar dan sampai ke pengetahuan pengikut-pengikutnya. Nanti mereka akan menyerang kamu, kemudian membebaskannya dari tangan kamu. Malah akan bertambah pula pengikutnya serta menentang kamu semua.  Cadangan ini tidak boleh dipakai cuba cadangkan yang lain.
Seterusnya datanglah cadangan dari syaitan manusia iaitu Abu Jahal,
Demi Allah, sesungguhnya aku ada satu cadangan yang kamu tidak nampak.
Mereka bertanya, “apakah cadangan itu wahai Abu al-Hakam?”
Jawab Abu Jahal, “aku melihat setiap kabilah mesti memilih seorang pemuda tangkas dan lincah kemudian kita serahkan kepada setiap mereka sebilah pedang yang tajam, untuk membunuh Muhammad serentak maka tamatlah riwayat Muhammad dan kita pun boleh berehat. Apabila mereka lakukan demikian ini bermakna semua kabilah bertanggungjawab dan bani Abdul Manaf tidak mampu untuk memerangi kesemua kabilah ini, sebagai gantiannya mereka akan berpuas hati dengan pembayaran diah (pampasan).
Iblis terus mencelah, “pendapat ini yang paling terbaik dan aku pun berpendapat sedemikian juga.
Keputusan ini diterima sebulat suara dan mereka kembali ke rumah masing-masing untuk membuat persiapan bagi menjayakannya.
Pos Terkait:  Cara Mendapatkan Voucher Garena Free Fire Gratis