Inilah Golongan Munafik Peranan Dalam Peperangan Bani Mustaliq atau Muraisi

Posted on

Golongan Munafik Peranan Dalam Peperangan Bani Mustaliq atau Muraisi

 

Sebagaimana yang telah disebut sebelum ini, golongan munafiq telah turut serta dalam peperangan dengan Bani Mustaliq yang sebelum ini mereka tidak pernah turut serta peperangan bersama Baginda dan tentera muslimin. Pastinya Abdullah Bin Ubai bapa munafiq tidak akan turut serta melainkan beliau memang mempunyai agenda yang buruk. Para Sahabat sememangnya mengetahui tingkah laku beliau yang sebenarnya mempunyai motif yang tidak baik. Allah menjelaskan dalam al Quran sikap golongan munafiq,
لَوْ خَرَجُوا فِيكُمْ مَا زَادُوكُمْ إِلَّا خَبَالًا وَلَأَوْضَعُوا خِلَالَكُمْ يَبْغُونَكُمُ الْفِتْنَةَ وَفِيكُمْ سَمَّاعُونَ لَهُمْ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِالظَّالِمِينَ
Maksudnya : Kalaulah mereka keluar bersama kamu, tidaklah mereka menambahkan kamu melainkan kerosakan dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu, (dengan tujuan) hendak menimbulkan fitnah (kekacauan) dalam kalangan kamu; sedang di antara kamu ada orang yang suka mendengar hasutan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim. (Taubah 9:47)
Ketika Baginda dan para Sahabat bergerak kembali ke Madinah dan berhenti rehat di tempat adanya air di Muraisi. Berlaku sedikit kekecohan antara orang suruhan Umar al Khattab iaitu Jahjah al Ghifari dengan Sinan Ibnu al Juhani di tempat megambil air sehingga hampir menyebabkan berlakunya pergaduhan. Sinan Ibnu al Juhani telah membangkitkan sentimen perkauman dengan mengatakan, “wahai orang-orang Ansar” manakala Jahjan al Ghafari pula membangkitkan sentimen perkauman juga dengan mengucapkan, “wahai orang-orang Muhajirin.”
Mendengar sahaja dua golongan ini mula membangkitkan hal perkauman maka Baginda bersabda, “apakah kamu rela menyeru dengan seruan jahiliah ini sedang aku masih bersama di kalangan kamu ini? Tinggalkanlah semua seruan itu, ianya suatu yang lapuk dan busuk.
Mendengar sabda Baginda mereka berdua meleraikan pergaduhan dan kembali berdamai. Inilah kehebatan para Sahabat mereka tetap akan segera mentaati Rasul. Dalam kehidupan mereka Allah dan Rasul adalah ikutan dan panduan ketika mereka dipermainkan oleh hasutan syaitan.
Kejadian ini telah sampai ke pengetahuan Abdullah Bin Ubai lalu beliau telah mengambil peluang untuk menanam racun pemusuhan dan perpecahan kepada Ansar dan Muhajirin. Lalu berkatalah Abdullah Bin Ubai,
“Apakah ini boleh mereka lakukan, sudahlah mereka ketepikan kita setelah berasak-asak di negeri kita. Demi Allah kita dan mereka tidak ubah seperti kata orang tua-tua dahulu, “seperti melepas anjing tersepit.” Demi Allah apabila kita pulang ke Madinah nanti, golongan yang mulia akan menghalau keluar golongan hina.
Dan beliau berkata kepada orang di sekelilingnya, “inilah akibat tindakan kamu sendiri yang telah membenarkan mereka memasuki negeri kamu. Kemudian berkongsi harta pula dengan mereka, demi Allah sekiranya di hari ini kamu pegangkan kemakmuran kamu itu nescaya mereka ini akan berpindah ke tempat lain.
Hasutan dan ucapan Abdullah Bin Ubai ini telah didengar oleh seorang anak muda bernama Zaid Bin Arqam. Beliu telah memberitahu kepada bapa saudaranya hasutan Abdullah Bin Ubai dan berita ini disampaikan oleh bapa saudaranya kepada Baginda.
Apakah yang terjadi? Berikut inilah…
Umar Al Khattab yang berada bersama Rasulullah s.a.w turut mendengar berita tentang ucapan Abdullah Bin Ubai. Lalu berkatalah Umar, “wahai Rasulullah s.a.w suruh sahaja Abbad bin Yasir membunuh si bedebah itu.
Namun cadangan Umar itu ditolak oleh Baginda dengan katanya, “bagaimana Umar, nanti orang akan berkata bahawa Muhammad membunuh sahabatnya sendiri dan ini tidak mungkin. Ayuh maklumkan sekalian tentera mengenai pergerakan kita”.
Baginda mengarahkan tentera muslimin terus bergerak pulang sedangkan ianya bukanlah waktu yang menjadi kebiasaan bagi tentera untuk berjalan pulang. Arahan Baginda ini dipatuhi namun Sahabat bernama Usaiyid Bin Hadhir bertanya kepada Baginda kenapa waktu ini diminta segera bertolak pulang?
Maka dijawab oleh Baginda, “tidakkah sampai ke pengetahuan kamu apa yang telah diperkatakan oleh kawan-kawan itu?”
Bertanya Usaiyid, “apa yang beliau cakap ya Rasulullah”?
Jawab Rasulullah, “beliau telah berkata sekiranya beliau pulang ke Madinah nanti pasti orang termulia akan menghalau yang hina”.
Lalu jawab Usaiyid, “engkau wahai Rasulullah s.a.w yang akan menghalaunya keluar sekiranya engkau mahu. Demi Allah dialah yang hina dan dikaulah wahai Rasulullah s.a.w yang mulia. Kemudian katanya lagi, “biarlah dan berlembutlah dengannya wahai Rasulullah. Demi Allah Dialah Tuhan yang telah membawa tuan hamba kepada kami semua. Beliau itu sebelum ini sudah disediakan dengan persalinan sutera untuk ditabalkan sebagai ketua dan beliau menyangka tuan hambalah yang telah merampas hak takhtanya itu.
Baginda terus bergerak bersama para tentera muslimin menuju ke Madinah tanpa rehat hingga lewat petang dan dari malam hingga ke pagi. Mereka hanya berhenti rehat ketika cuaca benar-benar panas terik. Para tentera taat kepada Baginda tanpa ada yang membantah walaupun semuanya dalam kepenatan dan apabila Baginda berhenti rehat semuanya tidur dalam keadaan yang lena. Tujuan Baginda berbuat demikian adalah untuk membiarkan semua orang sibuk dan tidak ada masa memperdulikan hal lain dan berbual perkara yang mengundang perbalahan.
Pada masa yang sama Abdullah Bin Ubai menyedari Zaid Bin Arqam telah menyampaikan berita kepada Baginda perihal hasutannya. Maka segeralah bapa munafiq ini bertemu Baginda dan bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak berkata seperti mana yang telah didengar oleh Baginda. Sebaliknya beliau meletakkan kesalahan tersebut kepada anak muda yang bernama Zaid Bin Arqam dengan mengatakan mungkin beliau tersalah dengar dan tidak memahami perbualan orang tua-tua.
Rasulullah s.a.w hanya mengiyakan sahaja apa yang dikatakan oleh Abdullah Bin Ubai kerana Baginda tidak mahu melayan beliau. Zaid Bin Arqam merasa sedih apabila seolah-olah Baginda mempercayai Abdullah Bin Ubai berbanding beliau yang seorang remaja. Beliau merasa sedih juga kerana seolah-olah beliau sengaja membuat tohmahan yang tidak betul.
Lalu Zaid Bin Arqam telah mengambil keputusan untuk tidak keluar dari rumah setelah tiba di Madinah dan tidak menghadiri majlis bersama Baginda seperti kebiasaannya. Sehinggalah bapa saudaranya berkata kepadanya bukanlah maksud Baginda membenci kamu dan tidak mempercayai kamu. Tindakan Zaid Bin Arkam telah mengundang turunnya wahyu Allah.
Umar Al Khattab yang berada bersama Rasulullah s.a.w turut mendengar berita tentang ucapan Abdullah Bin Ubai. Lalu berkatalah Umar, “wahai Rasulullah s.a.w suruh sahaja Abbad bin Yasir membunuh si bedebah itu.”
Namun cadangan Umar itu ditolak oleh Baginda dengan katanya, “bagaimana Umar, nanti orang akan berkata bahawa Muhammad membunuh sahabatnya sendiri dan ini tidak mungkin. Ayuh maklumkan sekalian tentera mengenai pergerakan kita”.
Baginda mengarahkan tentera muslimin terus bergerak pulang sedangkan ianya bukanlah waktu yang menjadi kebiasaan bagi tentera untuk berjalan pulang. Arahan Baginda ini dipatuhi namun Sahabat bernama Usaiyid Bin Hadhir bertanya kepada Baginda kenapa waktu ini diminta segera bertolak pulang?
Maka dijawab oleh Baginda, “tidakkah sampai ke pengetahuan kamu apa yang telah diperkatakan oleh kawan-kawan itu?”
Bertanya Usaiyid, “apa yang beliau cakap ya Rasulullah”?
Jawab Rasulullah, “beliau telah berkata sekiranya beliau pulang ke Madinah nanti pasti orang termulia akan menghalau yang hina”.
Lalu jawab Usaiyid, “engkau wahai Rasulullah s.a.w yang akan menghalaunya keluar sekiranya engkau mahu. Demi Allah dialah yang hina dan dikaulah wahai Rasulullah s.a.w yang mulia. Kemudian katanya lagi, “biarlah dan berlembutlah dengannya wahai Rasulullah. Demi Allah Dialah Tuhan yang telah membawa tuan hamba kepada kami semua. Beliau itu sebelum ini sudah disediakan dengan persalinan sutera untuk ditabalkan sebagai ketua dan beliau menyangka tuan hambalah yang telah merampas hak takhtanya itu”.
Baginda terus bergerak bersama para tentera muslimin menuju ke Madinah tanpa rehat hingga lewat petang dan dari malam hingga ke pagi. Mereka hanya berhenti rehat ketika cuaca benar-benar panas terik. Para tentera taat kepada Baginda tanpa ada yang membantah walaupun semuanya dalam kepenatan dan apabila Baginda berhenti rehat semuanya tidur dalam keadaan yang lena. Tujuan Baginda berbuat demikian adalah untuk membiarkan semua orang sibuk dan tidak ada masa memperdulikan hal lain dan berbual perkara yang mengundang perbalahan.
Pada masa yang sama Abdullah Bin Ubai menyedari Zaid Bin Arqam telah menyampaikan berita kepada Baginda perihal hasutannya. Maka segeralah bapa munafiq ini bertemu Baginda dan bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak berkata seperti mana yang telah didengar oleh Baginda. Sebaliknya beliau meletakkan kesalahan tersebut kepada anak muda yang bernama Zaid Bin Arqam dengan mengatakan mungkin beliau tersalah dengar dan tidak memahami perbualan orang tua-tua.
Rasulullah s.a.w hanya mengiyakan sahaja apa yang dikatakan oleh Abdullah Bin Ubai kerana Baginda tidak mahu melayan beliau. Zaid Bin Arqam merasa sedih apabila seolah-olah Baginda mempercayai Abdullah Bin Ubai berbanding beliau yang seorang remaja. Beliau merasa sedih juga kerana seolah-olah beliau sengaja membuat tohmahan yang tidak betul.
Lalu Zaid Bin Arqam telah mengambil keputusan untuk tidak keluar dari rumah setelah tiba di Madinah dan tidak menghadiri majlis bersama Baginda seperti kebiasaannya. Sehinggalah bapa saudaranya berkata kepadanya bukanlah maksud Baginda membenci kamu dan tidak mempercayai kamu. Tindakan Zaid Bin Arkam telah mengundang turunnya wahyu Allah.
Alllah telah menurunkan wahyunya menerangkan kebenaran kata-kata Zaid Bin Arqam. Lihat firman Allah,
إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُ وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ
Maksudnya : Apabila orang-orang munafik datang kepadamu mereka berkata: “Kami mengakui bahawa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah.” Dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya kamu benar-benar RasulNya dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta. (Al Munafiqun 63:1)
Kemudian Rasulullah s.a.w. mengutus seseorang bertemu dengan Zaid Bin Arqam untuk membacakan ayat tersebut seterusnya menegaskan bahawa Allah membenarkan ucapannya. Tentulah ianya menjadi kegembiraan buat Zaid Bin Arqam setelah Baginda mempercayainya.
Abdullah Bin Abdullah Bin Ubai, iaitu anak lelaki kepada Abdullah Bin Ubai telah melepas diri dengan bapanya yang munafik. Beliau menanti di pintu kota Madinah untuk menghalang bapanya dari memasuki kota Madinah kerana ucapan hasutanya kepada Rasulullah s.a.w sebagaimana dijelaskan oleh firman Allah,
يَقُولُونَ لَئِنْ رَجَعْنَا إِلَى الْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ الْأَعَزُّ مِنْهَا الْأَذَلَّ ۚ وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَٰكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَا يَعْلَمُونَ
Maksudnya : Mereka berkata lagi, ” Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam). Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Al Munafiqun 63:8)
Beliau menanti bapanya dengan pedang yang terhunus, lalu berkata beliau kepada bapanya yang baru tiba, “demi Allah kamu tidak boleh melepasi sempadan ini kecuali setelah diizinkan Rasulullah s.a.w. Bagindalah yang termulia dan engkau adalah yang terhina.”
Kemudian Rasulullah s.a.w. tiba maka Baginda membenarkan Abdullah Bin Ubai masuk dan barulah anaknya tadi memberi laluan kepada bapanya. Abdullah Bin Abdullah Bin Ubai telah menemui Rasulullah s.a.w sebelum itu dan berkata kepada Baginda, “wahai Rasulullah s.a.w sekiranya tuan hamba merestui pembunuhannya maka perintahlah aku melakukannya, demi Allah akan aku pancung lehernya dan akan aku bawa ke hadapan tuan hamba.
Rasulullah s.a.w tetap dengan sifat sabarnya dan sentiasa berlembut dengan golongan ini pada peringkat awalnya waluapun para Sahabat sudah mulai hilang sabar. Namun mereka tetap patuh kepada Baginda apabila keputusan itu datangnya dari Baginda.
Pos Terkait:  Link Nonton Kupu Malam Full Episode, Web Series